| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Menandatangani MOU Dan Perasmian Pelan Integriti Jabatan Penjara Malaysia

Majlis mendandatangani MOU dan perasmian Pelan Interiti Jabatan Penjara Malaysia telah dilaksanakan serentak dengan majlis MOU dan Pelancaran Pelan Integriti Kementerian Dalam Negeri dan jabatan dibawahnya. Ianya telah diadakan pada 3 Mac 2010. Jabatan Penjara telah diwakili oleh Y. Bhg. Datuk Wira Haji Zulkifli bin Omar, Komisioner Jeneral Penjara manakala Institut Integriti Malaysia telah diwakili oleh Presidennya Y.Bhg Datuk Dr. Mohd Tap Salleh. Upacara menandatangani MOU ini telah disaksikan oleh Y. Bhg. Datuk Sri Mahmood bin Adam, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan Y.Bhg Datuk Normah bt Md Yusof

Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) yang juga merupakan ahli lembaga pengarah Institut Integriti Malaysia. Penandatangani MOU ini telah menjadikan Kementerian Dalam Negeri sebagai Kementerian pertama dimana kesemua agensi dibawahnya melaksanakan serentak Pelan Integriti Jabatan.




Pelan Integriti Jabatan Penjara (PIPEN) telah menetapkan objektif menyediakan kerangka jangka panjang dan jangka pendek Jabatan Penjara Malaysia yang perlu dipatuhi dan dilaksanakan untuk meningkatkan dan memastikan anggota sentiasa mengamalkan enam (6) nilai teras jabatan iaitu amanah, telus, adil, bersyukur, benar dan bijaksana serta mengutamakan urus tadbir berhemah (good governance) sebagaimana yang telah digariskan didalam buku etika pegawai penjara.

EMPAT sasaran utama PIPEN telah ditetapkan iaitu:

Pertama :
Menghapuskan ruang serta peluang penyelewengan, rasuah serta penyalahgunaan kuasa di kalangan anggota Jabatan;
Kedua :
Mempertingkatkan kecekapan anggota melalui pembentukan minda yang berteraskan kepada minda kelas pertama;
Ketiga :
Menerapkan nilai-nilai murni serta etika yang luhur kepada semua anggota Jabatan.
Keempat :
Memperkemas sistem penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan dengan mengurangkan kerenah birokrasi

Dalam merealiasasikan Plan ini Sepuloh (10) strategi telah digariskan oleh pengurusan tertinggi Jabatan Penjara Malaysia iaitu:

Strategi 1 : Memantapkan Keberkesanan Tadbir Urus Terbaik
Strategi 2 : Meningkatkan Keberkesanan Sistem Penyampaian Perkhidmatan
Strategi 3 : Melaksanakan Program Kesedaran Memerangi Jenayah Rasuah, Penyelewengan dan Salahguna Kuasa serta
                 Meningkatkan Integriti
Strategi 4 : Memantapkan Sistem Keadilan
Strategi 5: Memantapkan Pengurusan Sumber Manusia
Strategi 6: Memantapkan Sistem Keselamatan Penjara
Strategi 7: Memantapkan Pengurusan Penahanan Dan Layanan Penghuni
Strategi 8: Memantapkan Institusi Kekeluargaan
Strategi 9: Meningkatkan Imej Korporat Jabatan
Strategi 10: Memantapkan Jalinan Kerjasama Antarabangsa

Adalah diharapkan dengan pelancaran Pelan Integriti Jabatan Penjara akan menjadikan usaha untuk menempa kecemerlangan Jabatan Penjara Malaysia berprestasi tinggi di peringkat global, didokongi anggota yang berintegriti dapat direalisasikan

Pelaksanaan Pelan Intergriti Jabatan Penjara Malaysia (PIPEN) adalah selaras dengan cabaran ke empat Wawasan 2020 iaitu untuk "Membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, dengan para warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur". Ini akan membolehkan Jabatan Penjara Malaysia secara teratur melangkah kehadapan untuk mencapai cita-cita untuk menjadi sebuah organisasi koreksional bertaraf dunia yang menjadi rakan rujukan kepada institusi koreksional yang lain.
""