| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Pemulihan Jalinan Kasih Sempena Sambutan Tahun Baru Cina Peringkat Penghuni Penjara Bentong 2010

23 Februari 2010, Kompleks Penjara Bentong telah menganjurkan Program Pemulihan "Jalinan Kasih Sempena Sambutan Tahun Baru Cina Peringkat Penghuni". Program tersebut menerima sambutan diluar jangkaan pihak penganjur. Program ini turut disertai oleh Y.B. Dato' Seri Liow Tiong Lai, Menteri Kesihatan Malaysia merangkap Ahli Parlimen Bentong. Sepanjang tempoh institusi ini beroperasi Program Jalinan Kasih yang dianjurkan pada kali ini merupakan kali ketiga ia dilaksanakan. 21 keluarga kaum Cina telah hadir bagi menjayakan program yang telah disusun rapi untuk menemukan setiap banduan terpilih dengan ahli keluarga mereka secara bersemuka.
Sepanjang tempoh pelaksanaan program tersebut, pelbagai aksi dapat disaksikan. Sebahagian peserta tidak dapat menahan sebak kerana telah dipilih menyertai program pemulihan ini. Mereka, berpendapat ia merupakan peluang keemasan yang harus dimanfaatkan. Inilah saat paling bermakna yang pernah mereka tempuhi sepanjang mereka ditahan dipenjara. Peluang pertemuan ini juga turut menjadi bukti bahawa para penghuni masih diterima masyarakat terumatanya ahli keluarga masing-masing.

Dalam ucapan aluannya, Y.S TKPj. Mohd Sakeri Bin Hj. Dollah, Pengarah Kompleks Penjara Bentong merangkap selaku penaung program tersebut mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua pihak yang hadir bagi memeriahkan program ini. Ucapan terima kasih juga turut diberikan kepada Y.B. Dato' Seri Liow Tiong Lai kerana sudi hadir ke majlis itu. Pengarah juga berharap, agar semua kakitangan terus berganding tenaga dan mengorbankan sedikit masa demi menaikkan martabat Jabatan Penjara Malaysia umunnya dan Institusi Penjara Bentong khususnya.
YB Menteri Kesihatan Malaysia, pula mengucapkan syabas kepada semua hadirin kerana sudi meluangkan masa yang berharga untuk memeriahkan program yang diadakan. Beliau juga turut mengucapkan tahniah kepada semua kakitangan Penjara Bentong kerana berjaya mengadakan program tersebut.


""