| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Tamat Latihan Kursus Asas Trup Tindakan Cepat (TTC)

"Adalah menjadi harapan Jabatan Penjara Malaysia untuk melihat perjawatannya sentiasa maju dan berkemahiran dalam berbagai bidang. Sebagai Pasukan Khas yang beridentitikan "regimental" sudah pasti latihan seperti ini penting kerana ia mengutamakan kemahiran, disiplin yang tinggi, keseragaman dan keselamatan. Kursus ini dirangka bagi menanamkan keyakinan yang tinggi, semangat yang kental dan emosi yang kuat serta rasa tanggungjawab yang jitu kepada tugas dan tanggungjawab kepada jabatan.". Petikan ucapan Y.Bhg.Datuk Wira Hj Zulkifli Omar sempena Majlis Tamat Latihan Kursus Trup Tindakan Cepat Jabatan Penjara Malaysia

Penubuhan Trup Tindakan Cepat (TTC) atau Swift Action Troop pada 3 Oktober 2005, kini telah memasuki siri ke dua yang dihadiri seramai 32 orang pelatih pada peringkat awalnya dan hanya 18 orang yang berjaya menamatkan kursus selama 15 minggu yang diadakan di Pusat Latihan Pegawai Penjara Malaysia, Taiping.

Komisioner Jeneral Penjara, Y.Bhg Datuk Wira Hj. Zulkifli bin Omar telah sudi melapangkan masa bagi menyempurnakan Majlis Tamat Latihan dan Perasmian Penutupan Kursus Asas Trup Tindakan Cepat (TTC) Jabatan Penjara Malaysia yang juga turut dihadiri oleh YS KPj Tuan Wan Mohammad Nazarie bin Wan Mahmood, Timbalan Ketua Pengarah Penjara (Operasi) .

Setiap peserta didedahkan dengan pelajaran CQB - Tempur Jarak Dekat dimana peserta akan mempunyai kemahiran seperti tempur tanpa senjata, abselling/ repeling, menyelamat tebusan, teknik pengiringan rapat VIP, kemahiran senjatapi dan lain-lain. Dimajlis tersebut juga turut menyaksikan penyerahan Modul Latihan yang telah dibangunkan bersama konsultan yang dilantik iaitu Syarikat V69 Enterprise. Pada majlis tersebut juga telah diadakan persembahan oleh Trup Tindakan Cepat (TTC) Jabatan Penjara Malaysia serta pemakaian Beret Merah menandakan pentaulihan kepada anggota, Pelatih Tebaik Keseluruhan dianugerahkan kepada WP 14319 Mazlan Bin Abd.Razak dari Penjara Bentong, Pelatih Terbaik Menembak oleh WP 14450 Hj Majidee Bin Hj.Khalid dari Penjara Miri dan Pelatih Terbaik Jasmani oleh WP 14430 Mahadi Bin Mamat dari Penjara Kajang. Tahniah di atas kegigihan dan kesabaran semua peserta yang telah berjaya menamatkan kursus pada siri ke dua ini dengan jayanya.

""