Pada 3 Mac 2010 Penjara Bentong telah di audit oleh Encik Nik Faizal bin Nik Ahmad dari MPC Wilayah Timur dalam perlaksanaan Amalan Persekitaran Berkualiti - 5S.
Beliau amat berpuashati dengan persembahan dan juga pematuhan kriteria-kriteria yang ditetapkan dalam Amalan Persekitaran Berkualiti 5S yang telah diamalkan oleh Penjara Bentong. Beliau juga telah mengumumkan bahawa Penjara Bentong telah "Lulus Penuh" dan sekaligus layak mendapat Sijil Amalan Persekitaran Berkualiti 5S. Beliau kemudiannya menyerahkan Pelekat Cemerlang 5S kepada YS TKPj Mohd Sakeri bin Hj Dollah sebagai tanda Penjara Bentong telah di persijilkan Amalan Persekitaran Berkualiti 5S.
""