Seramai 89 peserta ( 43 lelaki dan 46 wanita ) dari 23 buah institusi termasuk Parol Negeri telah mengambil bahagian di dalam program ini yang melibatkan kumpulan sasaran remaja di antara peringkat umur 15 hingga 17 tahun.
Pengisian program yang dirancangkan bermatlamat untuk menyediakan pelbagai input berfaedah selain menyuntik motivasi dan jati diri kendiri yang positif dikalangan remaja masa kini. Beberapa acara telah diaturkan sepanjang program, antaranya Latihan Dalam Kumpulan, ceramah-ceramah motivasi, acara sukan dan program keagamaan.
Majlis penyampaian sijil dan perasmian penutupan Kem Perkhemahan dan Motivasi Remaja Jabatan Penjara Malaysia 2010 telah disempurnakan oleh PKP Zawari Bin Ismail, Timbalan Pengarah Penjara Pokok Sena, Kedah yang mewakili Y.Bhg. Datuk Wira Hj Zulkifli Bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia. Semoga program dianjurkan ini memberi impak yang positif dan kenangan manis buat semua peserta.