Di majlis ini juga telah diadakan pelancaran laman web rasmi PERSIAP yang disempurnakan oleh Y. Bhg. Datin Sri Nabihah bt. Hj. Hassan, Pengerusi PUSPANITA Kementerian Dalam Negeri.
Sebagai pengisian aktiviti sempena Mesyuarat Agung Tahunan Perwakilan PERSIAP Kali Ke-21, telah diadakan Seminar Motivasi Pembangunan Jiwa pada 15 Mac 2010 di Auditorium LADA, Langkawi. Ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Hj. Abd. Razak bin Aripin dari Pro Quest Training and Management.