Kajang 25 Mac - Ibu Pejabat Penjara Malaysia telah mengorak langkah bagi melaksanakan Sistem Amalan Persekitaran Berkualiti 5S sebagaimana dihasrat oleh pihak Kementerian Dalam Negeri. Majlis Pelancaran Pelaksanaan Sistem Amalan 5S telah disempurnakan oleh KJP Y.Bhg. Datuk Wira Haji Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia bertujuan memupuk kesedaran dan keperihatinan warga IPPM terhadap pelaksanaan Sistem 5S.
Turut hadir dalam majlis tersebut En Semawi Zakaria, Pegawai Perunding dari Malaysia Productivity Corporation (MPC), Timbalan-timbalan Ketua Pengarah, Pengarah-pengarah Bahagian serta seluruh warga IPPM. Ceramah kesedaran berkaitan 5S juga turut disampaikan oleh En. Semawi Zakaria.
Diharapkan dengan majlis yang diadakan tersebut akan memberi pengetahuan dan kefahaman yang lebih jelas kepada seluruh warga IPPM berkaitan pelaksanaan Sistem Amalan 5S serta seluruh warga IPPM berusaha bersungguh-sungguh bagi mendapatkan pensijilan Amalan 5S dalam tempoh terdekat.
""