Penjara Marang , 19 Mac 2010 - Seramai 25 orang ahli Kelab Kanu Penjara Marang telah menyertai Ekspedisi Berkayak dari Kuala Marang Ke Pulau Kapas. Beberapa aktiviti telah dirangka sepanjang berada di Pulau Kapas.
Antara aktiviti tersebut adalah berkayak mengelilingi pulau, jungle trekking, memancing dan lain-lain. Walaupun keadaan laut agak bergelora serta kekurangan pengalaman, namun kecekalan serta semangat berpasukan yang tinggi telah berjaya menguji ketahanan mental dan fizikal setiap peserta disamping mengajar peserta agar lebih bekerjasama.
______________________________________________________________________________________
KARNIVAL SUKAN BERSAMA MASYARAKAT ANJURAN PETRONAS PENAPISAN MELAKA
Pada 21 dan 22 Mac 2010, Pusat Kecemerlangan Koreksional Malaysia yang diketuai oleh PP Rohana bt. Abdullah telah menghantar tiga pasukan petanque untuk menyertai kategori triple terbuka Karnival Sukan Bersama Masyarakat. Sebanyak 50 pasukan petanque sekitar Negeri Melaka telah menyertai kejohanan tersebut yang telah diadakan di Petronas Penapisan Melaka.
Walaupun masih baru lagi dalam permainan petanque ini, berkat kesabaran, disiplin dan komitmen yang tinggi dari setiap pemain telah membuahkan hasil apabila regu PKKM yang diwakili oleh IP Mohd Anuar Bin Atan, Sjn Mohamad Ariffin Bin Mohd Nasir dan Wp Izuwan Bin Ismail telah menjadi Johan Kategori Triple dengan mengalahkan Pasukan Petronas.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Y.B Datuk Ab. Rahaman Bin Ab. Karim, Pengerusi Petanque Negeri Melaka.
______________________________________________________________________________________
Kejohanan Tenpin Boling Antara Platun Penjara Wanita Kajang 2010
10 Mac 2010 ( Sabtu ) - Ampang Superbowl , Metro Point Kajang
Pada 10 Mac 2010 pada jam 8.00 malam bertempat di Ampang Superbowl, Metro Point Kajang telah berlansung Kejohanan Tenpin Boling Antara Platun Penjara Wanita Kajang bersama tetamu VIP jemputan. Pada jam 8.30 malam, ketibaan Y. Bhg. Komisioner Jeneral Datuk Wira Hj. Zulkifli b. Omar, Ketua Penjara Malaysia bersama Y. S Komisioner Penjara Tuan Wan Mohamad Nazarie b. Wan Mahmood, Timbalan Ketua Pengarah Penjara ( Operasi ). Majlis juga telah dimeriahkan dengan kehadiran TKPj Alzafry Mohamed Alnassif b. Mohamed Adahan ( Pengarah Penjara Kajang ), PKK Kusairi b. Manap, PKK Nor Afifi b. Sulong ( Ahli Lembaga Parol KDN ), PKP Osman b. Ahmad ( Komandan MPM ) dan PKP Muhammad Zuki b. Muhamad Zain. Majlis telah dimulakan dengan upacara perasmian oleh Y. Bhg. Komisioner Jeneral Datuk Wira Haji Zulkifli b. Omar dengan balingan pertama dan permainan dimulakan oleh semua platun. Majlis selesai pada jam 12.30 pagi dengan upacara penyampaian hadiah kepada para pemenang oleh Y. Bhg. Komisioner Penjara Datuk Wira Haji Zulkifli b. Omar.
______________________________________________________________________________________
Program Motivasi Sempena Cuti Persekolahan Penjara Bentong, Pahang
17 Mac 2010; Biro Rakan Muda dan Pendidikan, Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan Penjara Bentong buat julung kalinya telah mengadakan satu kursus motivasi sempena cuti sekolah yang disertai seramai 100 anak-anak kakitangan yang berumur antara 11 tahun hinga 19 tahun.
Program tersebut adalah dengan kerjasama WeCare sebuah badan NGO yang diketuai oleh penyelarasnya iaitu Mr. Samuel Ho turut dibantu oleh dua penceramah berpengalaman jabatan iaitu PPP Ahmad bin Omar dan PPP Thavamany a/l Gopal. Penceramah jemputan ialah Dr Wong Huey Suew seorang pensyarah yang cacat penglihatan yang kini bertugas di Univertisi Terbuka Malaysia. Dengan penglibatan warga OKU yang berjaya ini memberikan kesedaran kepada semua peserta bahawa kejayaan adalah milik semua.
______________________________________________________________________________________
PENYERAHAN CEK KHAIRAT KEBAJIKAN IBU PEJABAT PENJARA MALAYSIA KEPADA BALU ALLAHYARHAM WP 7461 ISMAIL BIN MOHD YUSOF
25 Mac 2010 ; bertempat di Penjara Taiping satu majlis penyampaian cek Khairat Kebajikan sebanyak RM 10,000.00 kepada balu Allahyarham WP7461 Ismail bin Mohd Yusof , iaitu Puan Rodiah bt. Ibrahim telah disempurnakan oleh . PKK Tan Tian Heng, Pengarah Penjara Taiping. Majlis tersebut telah disaksikan oleh PP Hj Ibrahim bin Samad dan Pegawai Perhubungan Derma Khairat Kebajikan Institusi IP Yatim Mustaffa bin Shaarani.
Puan Rodiah mengucapkan penghargaan terima kasih kepada pihak institusi dan Ibu Pejabat Penjara Malaysia diatas sumbangan tersebut dan akan memanfaatkan bantuan tersebut saraan hidup beliau dan keluarga.
______________________________________________________________________________________
PERLAWANAN PERSAHABATAN BADMINTON ANTARA PASUKAN KOMISIONER JENERAL PENJARA DENGAN PASUKAN KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN DALAM NEGERI DI DEWAN KOMPLEKS SUKAN PENJARA KAJANG
Pada 21 Mac 2010 pada jam 8.00 pagi bertempat di Dewan Kompleks Sukan Penjara Kajang telah berlansung satu perlawanan persahabatan badminton di antara Pasukan Komisioner Jeneral Penjara (KJP) dengan Pasukan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Kejohanan (KSU).
Pasukan KJP diketuai oleh Y.Bhg.Datuk Wira Hj. Zulkifli Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia, bersama Komisioner Wan Mohamad Nazarie Wan Mahmood, Timbalan Ketua Pengarah Penjara (Operasi) , Pengarah-Pengarah Bahagian Ibu Pejabat Penjara Malaysia dan Pengarah Institusi penjara berhampiran. Pasukan KSU pula diwakili oleh Y.Bhg.Dato�Hj Md Alias b Hj Khalil, Y.Bhg. Dato� Alwi b. Ibrahim, Y.Bhg. Dato� Abd Rahim b. Mohd Radzi, Encik Marzuki b. Zainudin, Tuan Hj, Sumali b. Ahmat dan Encik Wong Hong Na.
Perlawanan ini turut dihadiri oleh isteri-isteri tetamu kehormat dari IPPM dan KDN yang mana majlis dimulakan dengan acara senamrobik. Sepanjang perlawanan berlangsung, isteri-isteri tetamu kehormat dari Kementerian Dalam Negeri telah dibawa melawat Spa Penjara Wanita Kajang serta peroduk-produk Jabatan oleh Bahagian Vokasional dan Industri. Perlawanan persahabatan ini diakhiri dengan jamuan makan tengahari dan penyampaian cenderahati oleh KJP Datuk Wira Hj. Zulkifli Bin Omar bagi mewakili Jabatan Penjara kepada Timbalan Ketua Setiausaha Dato� Abdul Rahim Bin Mohd Radzi mewakili Kementerian Dalam Negeri.
Semoga jalinan hubungan dua hala yang dibina akan memupuk semangat kerjasama berpasukan yang kukuh bagi meningkatkan pencapaian Jabatan dan juga Kementerian.
""