Majlis Sambutan Hari Asyura Institut Penjara Marang,Terengganu
6 Januari 2010 - Majlis Sambutan Hari Asyura telah diadakan di Surau Muhammadiah, Jabatan Penjara Marang semperna sambutan Maal Hijrah 1430. Penyediaan bubur Asyura telah disediakan secara gotong-royong oleh kakitangan Penjara Marang dan ia merupakan acara tahunan dan dilihat mampu menanamkan semangat kerja sama di dalam satu pasukan serta merapatkan hubungan silatulrahim antara sesama kakitangan. Sebanyak tujuh kawah bubur asyura telah disediakan dan di agihkan kepada semua kakitangan Institusi Penjara Marang. Majlis tersebut telah dihadiri oleh Y.S Pengarah Penjara Marang, Terengganu PKP Hamzani bin Che Berahim serta pegawai-pegawai kanan dan pegawai dari pelbagai peringkat.