Objektif utama lawatan ke Kompleks Penjara Kajang Malaysia ini adalah untuk meninjau dan memantau status prasarana dan pelaksanaan projek-projek pembangunan yang sedang dilaksanakan oleh jabatan/agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri.
Rombongan telah dibawa untuk meninjau beberapa lokasi projek pembangunan yang sedang dilaksanakan di jabatan ini, antaranya ialah projek asrama baru Maktab Penjara Malaysia, prasarana bangunan Penjara Wanita Kajang dan Penjara Rawatan dan Pemulihan Dadah, Kajang.