| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Persaraan Pengarah Pentadbiran & Kewangan Jabatan Penjara Malaysia

Kajang 20 Jan. - Jabatan Penjara Malaysia kehilangan seorang lagi pengarah bahagian apabila En Hasan bin Ali Pengarah Pentadbiran dan Kewangan Jabatan Penjara Malaysia telah mula bercuti untuk bersara mulai semalam. Seorang pengarah yang mesra rakyat dan disenangi semua pihak. Sepanjang perhidmatan di Jabatan Penjara beliau telah banyak memberi khidmat nasihat dalam memajukan jabatan. Mengatur dan menguruskan mesyuarat-mesyuarat penting jabatan seperti Mesyuarat Ketua-ketua Institusi dan sebagainya.

Beliau memulakan perkhidmatan dengan kerajaan pada 2 Januari 1980 bertugas di Kementerian Kemajuan Tanah dan Kemajuan Wilayah. Antara Kementerian dan Jabatan yang beliau bertugas adalah Pegawai Daerah Ulu Langat, Bahagian Perjawatan Jabatan Perkhidmatan Awam, Bahagian Pembangunan Organisasi JPA serta Kementerian Pendidikan,Dengan pengalaman yang begitu luas dalam pentadbiran beliau dinaikan pangkat dari Kementerian Pendidikan ke Kementerian Dalam Negeri dan di tempatkan di Jabatan Penjara Malaysia sebagai Pengarah Bahagian Pentadbiran dan Kewangan Gred M54. Pihak Jabatan mengucapkan selamat bersara kepada tuan.



Pihak kerajaan telah berbesarhati menganugerahkan pingat-pingat berikut sebagai mengenangkan jasa bakti perkhidmatan beliau bersama kerajaan;

Pingat/Bintang/Darjah Kebesaran:-


  • Pingat Jasa Kebaktian (PJK) oleh Sultan Selangor pada 8 Mac 1988.
  • Darjah Kebesaran Ahli Mahkota Kedah (AMK) oleh Sultan Kedah pada 19 Januari 2003.
  • Darjah Kebesaran Ahli Mangku Negara (AMN) oleh SPBYDA X11 pada 7 Jun 2003.
  • Pingat Perkhidmatan Setia Jabatan Penjara (PPS) oleh Y.Bhg. Datuk Ketua Pengarah Penjara Malaysia, KKDN pada 9 Disember 2005.
  • Pingat Bakti Penjara (PBP) oleh Y.Bhg. Datuk Ketua Pengarah Penjara Malaysia, KDN pada 23 Januari 2009.
""