Sumbangan Derma Khairat Kebajikan Jabatan Penjara Malaysia
Pada 16 Januari 2010 (sabtu) bersamaan dengan 30 Muharam 1431 Hijrah, Persatuan Derma Khairat Kebajikan Jabatan Penjara Malaysia (DKK) telah mengadakan Mesyuarat Agong yang ke 32 bertempat di Penjara Alor Setar Kedah. Mesyuarat yang dihadiri oleh lebih 100 orang perwakilan yang mewakili setiap Institusi Penjara dan Bekas Pegawai Penjara telah dirasmikan oleh Y.Bhg Datuk Wira Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia. Dalam ucapan perasmiannya Y.Bhg Datuk Wira antara lain menyeru agar setiap warga jabatan ini mengambil inisiatif menjadi ahli persatuan agar tradisi jabatan membela kebajikan anggota dapat disalurkan kepada setiap ahli keluarga warga kerja jabatan ini. Sehubungan dengan itu beliau juga menegaskan bahawa jabatan ini memandang serius tentang aspek kebajikan setiap warga kerja jabatan ini dan sentiasa mencari jalan bagi meningkatkannya melalui berbagai sudut. Turut diadakan pada majlis tersebut ialah penyampaian sumbangan dari DKK kepada waris ahli tetap yang telah kembali kerahmatullah sebanyak RM 5,000. Semoga dengan sumbangan tersebut dapat meringankan beban yang ditanggung beliau sekeluarga.