KDYTM Tengku Puan Pahang tiba di perkarangan Kompleks Penjara Penor pada jam 10.30 pagi dan disambut oleh Pengarah Penjara Penor, PKP Jamil Razif bin Kassim bersama pegawai-pegawai kanan dan seterusnya mengiringi KDYTM Tengku Puan Pahang ke Bengkel Tenun Penjara Penor. Setibanya di sana, Tengku Puan Pahang meninjau perkembangan pembuatan kain tenun dan melihat produk kain tenun yang telah berjaya dihasilkan oleh penghuni. Semasa kunjungan itu, Tengku Puan Pahang juga telah menyumbangkan makanan segera (McDonald) kepada penghuni-penghuni di bengkel tenun yang telah bertungkus-lumus menghasilkan produk tenunan yang berkualiti.