Satu lawatan Media Massa dan Pegawai Komunikasi Korporat, Kementerian Dalam Negeri ke Pusat Pemulihan Akhlak, Simpang Renggam, Johor telah diadakan pada 11 Februari 2010. Lawatan disertai seramai 28 orang dari pelbagai agensi media yang di ketuai oleh Puan Jamilah Taib, Ketua Unit Komunikasi Korporat, Kementerian Dalam Negeri.
Tujuan lawatan adalah bagi memberi gambaran langsung tentang operasi dan pengurusan Pentadbiran PPA Simpang Renggam kepada pihak media massa agar dapat memberikan laporan dan penjelasan yang tepat berhubung dengan isu-isu orang tahanan. Turut serta dalam lawatan tersebut ialah KPj Dato' Hj Hassan bin Hj Sakimon, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) serta Pengarah-Pengarah Bahagian.
Aturcara lawatan di mulakan dengan taklimat oleh TKPj Jamaludin bin Saad, Pengarah Pusat Pemulihan Akhlak kepada rombongan lawatan dan seterusnya melawat ke bangunan dan blok tahanan. Satu sesi soal jawab diadakan diantara pengurusan penjara bersama wakil media dan program di akhiri dengan jamuan makan tengahari.
""