Sabtu,04 disember 2010 Penjara Kajang, Selangor dengan kerjasama Jawatankuasa Masjid Jabatan Penjara Malaysia, Kajang, Jabatan Bomba Penyelamat dan Persatuan Pegawai Pembantu Perubatan Negeri Selangor telah menganjurkan Program Berkhatan Beramai-ramai bagi anak-anak kakitangan Kompleks Penjara Kajang bertempat di Masjid Jabatan Penjara Malaysia, Kajang. Seramai 17 orang peserta telah mengikuti program ini.
Majlis dimulai perarakan peserta program dengan diiringi paluan kompang, mandi beramai-ramai dengan kerjasama Pasukan Bomba Kajang dan bacaan doa bagi memberkati majlis.