| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Penyerahan Blok Banduan Dan Blok Tahanan Tempat Tahanan Perlindungan Taiping

Tempat Tahanan Perlindungan Taiping, 14 Disember 2010-jam 10.00 pagi bertempat di Bilik Gerakan Tempat Tahanan Perlindungan Taiping telah berlangsung Majlis Penyerahan Blok Banduan dan Tahanan di antara Pihak Pemaju, JKR dan Jabatan Penjara Malaysia. Majlis dihadiri oleh PKP Abd Kadir Bin Rais , Timbalan Pengarah Pembangunan Dan Perolehan mewakili Jabatan Penjara Malaysia, HJ Shaari Bin Ismail, Jurutera Bangunan, Jabatan Kerja Raya Daerah Larut Matang & Selama Taiping serta wakil-wakil daripada kontaktor-kontraktor yang terlibat di dalam projek merekabentuk,membina dan menyiapkan kawasan tahanan dan banduan Tempat Tahanan Perlindungan. Kemuncak majlis ialah penyerahan replika kunci blok tahanan dan banduan daripada wakil kontraktor kepada Hj. Shaari b. Ismail, Jurutera Bangunan, JKR untuk diserahkan kepada PKP Abd Kadir bin Rais seterusnya untuk diserahkan kepada Pengarah Tempat Tahanan Perlindungan Taiping yang diwakili oleh TPP Mohd Rusli b. Abd Rahman.

""