Kompleks Penjara Seberang Perai, 25 Disember 2010 jam 10.00 pagi bertempat di Dewan Kelab Kakitangan Penjara Seberang Perai telah berlangsung Majlis Perasmian Penubuhan Kelab Rekreasi dan Kebajikan Kakitangan serta Persatuan Isteri, Anak-Anak Dan Anggota Wanita Penjara (PERSIAP) Kompleks Penjara Seberang Perai.
Majlis dihadiri oleh KJP Y.Bhg Datuk Wira Hj. Zulkifli bin Omar Ketua Pengarah Penjara Malaysia bersama Y. Bhg Datin Wira Hjh Noraini binti Hj. Man YDP PERSIAP Malaysia serta Ketua-Ketua Institusi dan Parol Zon Utara.
Aturcara majlis dimulakan dengan ceramah Motivasi, pertandingan memasak oleh ahli PERSIAP, pertandingan mewarna anak-anak kakitangan dan persembahan tarian oleh anak-anak kakitangan dan penari Jabatan Kebudayaan Negeri Pulau Pinang.
Acara kemuncak Majlis Perasmian Penubuhan Kelab Rekreasi dan Kebajikan kakitangan Penjara Seberang Perai dimulakan dengan mengetuk gong diikuti menandatangani plug Penubuhan Kelab Rekreasi Dan Kebajikan Kakitangan Penjara Seberang Perai oleh KJP Y.Bhg Datuk Wira Hj. Zulkifli bin Omar Ketua Pengarah Penjara Malaysia. Majlis diteruskan lagi dengan lawatan ke gerai pertandingan memasak dan perasmian rumah PERSIAP yang disempurnakan oleh Y. Bhg Datin Wira Hjh Noraini binti Hj. Man YDP PERSIAP Malaysia.
Aturcara seterusnya, KJP Y.Bhg Datuk Wira Hj. Zulkifli bin Omar bersama Y. Bhg Datin Wira Hjh. Noraini dan PKK Ab Basir bin Mohamad, Pengarah Penjara Seberang Perai bersama isteri melawat ke rumah bekas kakitangan Jabatan Penjara yang uzur untuk memberikan sumbangan dan bantuan bagi mengenangkan jasa mereka kepada Jabatan Penjara Malaysia. Selain itu, Y.Bhg Datuk Wira Hj. Zulkifli bin Omar turut beramah mesra bersama keluarga bekas kakitangan tersebut. Ini adalah selaras dengan gagasan yang diilhamkan oleh Y. Bhg Datuk Wira Hj. Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia iaitu "memperkasa modal insan, kebajikan diutamakan organisasi dimartabatkan".
Bagi pihak Warga Penjara Seberang Perai, Y.Setia PKK Ab. Basir bin Mohamad, Pengarah Penjara Seberang Perai mengucapkan penghargaan setinggi-tinggi terima kasih kepada KJP Y.Bhg Datuk Wira Hj. Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia dan Y.Bhg Datin Wira Hjh. Noraini binti Hj. Man, Yang Dipertua PERSIAP Malaysia kerana sudi hadir dan merasmikan Penubuhan Kelab Rekreasi dan Kebajikan Kakitangan serta PERSIAP Penjara Seberang Perai. Ucapan penghargaan terima kasih juga kepada Pengarah-pengarah Institusi Zon Utara, Pengarah-pengarah parol Negeri Zon Utara, Pegawai-pegawai kanan serta tuan/puan yang terlibat dalam menjayakan Majlis tersebut.
""