26 Disember 2010 (Ahad) - Bertempat di perkarangan Surau Bilal Ibnu Al Rabah Penjara Pengkalan Chepa Kelantan, Majlis Asyura peringkat kakitangan telah diadakan melibatkan kakitangan dan keluarga. Sebanyak 9 kawah bubur asyura dimasak yang melibatkan 9 Platun termasuk Parol Negeri Kelantan terlibat dalam majlis tersebut. Majlis bermula pada jam 7.30 pagi dan berakhir pada jam 5.00 petang. Pada majlis tersebut diadakan Pertandingan Asyura Terbaik, Cabutan Bertuah dan jamuan makan tengahari.
Pengarah Penjara Pengkalan Chepa Kelantan PKP Muhammmad Zuki bin Muhammad Zain bersama isteri serta Timbalan Penguasa Penjara, TPP Wan Sani bin Ab Latif dan TPP Mohd Sabri Bin Md Arshad telah bersama-sama dalam majlis tersebut.
Kemuncak pada majlis tersebut adalah keputusan pertandingan Asyura Terbaik di mana juara di sandang oleh Platun PPI, tempat kedua Platun 8 (Pejabat Rekod) dan tempat ketiga Platun 6 (Blok Damai). Hadiah telah disampaikan oleh Pengarah Penjara Pengkalan Chepa kepada pemenang-pemenang.
""