Konvensyen anjuran MPC (Malaysia Productivity Corporation) ini telah menghimpunkan sejumlah 174 kumpulan ICC untuk bersaing di peringkat tersebut. Konvensyen menyaksikan penyertaan dari pelbagai organisasi kerajaan dan syarikat swasta dari seluruh negara. Pertandingan terbahagi kepada 4 sektor iaitu sektor eletronik & elektrikal (19), perkilangan (53), perkhidmatan (47) dan awam (55). Pertandingan menyaksikan 55 penyertaan bagi kategori sektor awam iaitu jumlah terbanyak berbanding kategori sektor lain.
Secara keseluruhannya sebanyak RM39.5 juta setahun kos penjimatan dapat dibuat melalui projek yang telah dibentangkan oleh kesemua kumpulan ICC. Daripada jumlah tersebut ICC KARISMA telah menyumbang penjimatan sebanyak RM1,041,557.04 setahun untuk kos operasi jabatan.
Majlis makan malam penutupan telah dimulakan dengan ucapan aluan dan penutupan oleh Pengerusi MPC, Y.Bhg. Tan Sri Azman Hashim dan diakhiri dengan ucapan perasmian penutupan dan penyampaian anugerah oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri Yb. Dato' Jacob Dungau Sagan.