Acara Kemuncak ,menandatangani dokumen Penyerahan Projek Komplek Penjara Seberang Perai Jawi oleh Pengarah Rancangan Kerja Keselamatan Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia Puan Samsinar Binti Samad kepada Y.Bhg Dato' Jamil bin Hj Saleh dan di saksikan oleh Komisioner Jeneral Penjara Malayisa Y.Bhg Dato' Zulkifli bin Omar, Pengarah Syarikat MTSR CEO Dato Tengku Mustapha bin Mohamad, Wakil Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri. Setelah selesai menandatangani dokumen penyerahan, bermulanya gimik penyerahan replika Kunci Penjara Seberang Perai Pulau Pinang oleh Pengarah Rancangan Kerja Keselamatan Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia Puan Samsinar Binti Samad kepada Komisioner Jeneral Penjara Malayisa Y.Bhg Dato' Zulkifli bin Omar.
Kompleks Penjara Seberang Perai Pulau Pinang merupakan penjara yang termoden di Malaysia dengan di lengkapi sistem elektronik secara keseluruhan luar dan dalam penjara. Pelbagai Kemudahan-kemudahan sukan untuk kakitangan dan banduan. Tidak ketinggalan rumah -rumah kakitangan yang tersergam indah di susuli sebuah Masjid, Padang Permainan, Dewan dan sebagainya.
""