Majlis Berbuka Puasa Bersama Pengarah Penjara Negeri Sarawak
Pada 03 September 2009 bertempat di perkarangan Surau Darul Ibadah, Penjara Pusat Miri telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersama Pengarah Penjara Negeri Sarawak ....
Pada 03 September 2009 bertempat di perkarangan Surau Darul Ibadah, Penjara Pusat Miri telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersama Pengarah Penjara Negeri Sarawak, PKK Haji Zawawi Bin Ab Rahim. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pengarah Parol Negeri Sarawak, PP Husin Bin Johari, Ketua-ketua institusi Penjara Sarawak, kakitangan serta keluarga dan turut dijemput wakil-wakil jabatan, agensi-agensi kerajaan dan pesara-pesara yang telah berkhidmat di Jabatan Penjara.