PENGKALAN CHEPA KELANTAN
Tarikh : 08hb September 2009 bersamaan
18hb Ramadhan 1430 H
Masa : 10.00 Pagi
Tempat : Di Surau Penghuni Penjara
Kehadiran/
Pembayar Zakat : 112 Orang Penghuni
LATAR BELAKANG PROGRAM
Bahagian Pemulihan dan Rawatan Unit Agama Penjara Pengkalan Chepa Kelantan telah merancangkan untuk mengadakan satu program bagi membolehkan Penghuni Penjara Pengkalan Chepa Kelantan menunaikan tanggungjawab sebagai seorang muslim dengan melaksanakan pembayaran zakat fitrah. Diatas kesedaran dan keinsafan Penghuni walaupun berada disebalik tembok batu masih mampu menunaikan tanggungjawab membayar zakat fitrah memenuhi tuntutan Allah S.W.T. Disamping menjalani ibadat puasa bulan Ramadhan.
Justeru dengan itu maka program ini dapat direalisasikan dan dirancangkan dengan sebegitu rupa, supaya mesyarakat tahu bahawa Penghuni juga ada rasa tanggungjawab terhadap orang tersayang di luar tembok sana. Dengan demikian dapatlah melahirkan seorang insan yang sedar dan insaf diatas ketelanjuran yang dilakukan sebelum ini.
OBJEKTIF PROGRAM
- Menimbulkan kesedaran dan keinsafan
- Melahirkan rasa tanggungjawab terhadap keluarga
- Memenuhi tuntutan tanggungjawab kepada Allah s.w.t.
- Memperkukuhkan iman sesaorang muslim
- mengenal erti kesetiaan dan kesabaran dengan ujian daripada Allah s.w.t.
MAJLIS PERASMIAN
- Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pengarah Penjara Pengkalan Chepa
- Sesi temubual penghuni dengan wartawan
AGENDA YANG DIADAKAN
- Majlis pelancaran zakat bersama Penghuni Penjara Pengkalan Chepa Kelantan
- Majlis pembayaran zakat fitrah oleh Penghuni kepada Amil-Amil yang dilantik khas Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan
- Us Hj Che Hashim bin Hj Awang
- Us Syaiful Anuar bin Che Omar
- Us Mohd Shahrul bin Mahamad