Lebih kurang jam 6.45 petang, tetamu jemputan Y.B. Mohammad Zahir bin Dato' Khalid telah menyampaikan replika cek wang zakat penghuni penjara berjumlah RM 1421.00 kepada wakil Jabatan Agama Negeri Perak.
Kemudian semua yang hadir bergerak ke khemah untuk majlis berbuka puasa. Turut hadir kakitangan Institusi yang berdekatan seperti KEMTA, Penjara Tapah, Penjara Pulau Pinang dan juga pesara-pesara Jabatan Penjara. Tepat jam 7.21 malam, majlis berbuka bermula dan di akhiri dengan sembahyang maghrib berjemaah di Surau Nurul Hidayah.