8 September 2009- Institusi Penjara Pengkalan Chepa Kelantan telah menerima sumbangan bungkusan kuih raya untuk pasukan keselamatan ....
8 September 2009- Institusi Penjara Pengkalan Chepa Kelantan telah menerima sumbangan bungkusan kuih raya untuk pasukan keselamatan di negeri Kelantan dari kerajaan negeri Kelantan yang diadakan dalam satu majlis di Kota Darulnaim yang disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Kelantan.
Sebanyak 500 bungkusan kuih raya telah diterima untuk diagihkan kepada anggota-anggota Jabatan Penjara Malaysia di Institusi Penjara Pengkalan Chepa. Sumbangan bungkusan kuih raya ini adalah julung kali di terima oleh anggota penjara sebagai galakan dan dorongan semangat untuk anggota bertugas pada musim perayaan Aidilfitri yang tidak berapa lama lagi.
""