| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Dialog Dan Berbuka Puasa Bersama Yg.Bhg.Dato' Hj.Zulkifli B. Omar Komisioner Jeneral Penjara

Pada 10 September 2009, Institusi Pemulihan Dadah Jelebu, Negeri Sembilan telah menerima kunjungan hormat Yg. Bhg. Dato' Hj. Zulkifli b. Omar, Komisioner Jeneral Penjara. Ketibaan .... Pada 10 September 2009, Institusi Pemulihan Dadah Jelebu, Negeri Sembilan telah menerima kunjungan hormat Yg. Bhg. Dato' Hj. Zulkifli b. Omar, Komisioner Jeneral Penjara. Ketibaan Yg. Bhg Dato' bersama Datin di Rumah Kelab Institusi Pemulihan Dadah, Jelebu lebih kurang jam 1630 bagi mengadakan sesi dialog bersama kakitangan. Yg. Bhg. Dato' dan Datin telah disambut oleh PP Yew Gim Hong, semua warga institusi dan Ahli Jawatankuasa Persatuan PERSIAP. Dalam ucapan Yg. Bhg. Dato', banyak perkara dan hala tuju jabatan telah disampaikan bagi merealisasikan Jabatan Penjara Malaysia menjadi sebuah institusi Koreksional bertaraf dunia menjelang Tahun 2020.

Pada sebelah petang Yg. Bhg. Dato' dan Datin telah menghadiri Majlis Tahlil dan Majlis Berbuka Puasa bersama ahli keluarga kakitangan institusi ini bertempat di Surau Al-Ikhlas . Majlis telah diserikan lagi dengan kehadiran Yg. Setia Tuan Wan Mohamad Nazarie b. Wan Mahmood Timbalan, Komisioner Penjara (Operasi), Semua Pengarah Bahagian Ibu Pejabat Penjara Malaysia, Pengarah Penjara Seremban dan Pasukan Kadet Koreksional dari Sekolah Menengah Kebangsaan Undang Jelebu turut hadir.

""