| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-Anak Yatim Anjuran Kelab Sukan Dan Kebajikan & Majlis Berbuka Puasa Bersama-sama Tahanan, Pusat Pemulihan Akhlak Muar

Pada 10 September 2009 yang lalu, Kelab Sukan dan Kebajikan Pusat Pemulihan Akhlak Muar telah mengadakan majlis berbuka puasa bersama kira-kira 30 orang anak-anak yatim .... Pada 10 September 2009 yang lalu, Kelab Sukan dan Kebajikan Pusat Pemulihan Akhlak Muar telah mengadakan majlis berbuka puasa bersama kira-kira 30 orang anak-anak yatim dari kawasan sekitar Bandar Muar. Majlis tersebut telah dimeriahkan lagi dengan kehadiran Y. Bhg. Dato' Hj. Hassan Bin Sakimon, Yang Setia, Tn. Haji. Wahab Bin Hj. Kassim serta Ketua-Ketua Institusi Zon Selatan. Antara lain, majlis penyerahan sumbangan dan hamper dari Kelab Sukan dan Kebajikan telah dilakukan oleh Y. Bhg. Dato' Hj. Hassan Bin Sakimon dan Yg. Setia Tn. Haji Wahab bin Hj. Kassim . Majlis tersebut turut dihadiri oleh wakil-wakil dari institusi berhampiran serta kakitangan PPA Muar. Sebelum itu pada sebelah petangnya Y. Bhg. Dato' Hj. Hassan Bin Sakimon dan Yang Setia, Tn. Haji. Wahab Bin Hj. Kassim telah berjuma dengan semua pegawai kanan PPA Muar bagi menyampaikan amanat Yg. Bhg. Datuk KPP kemudian disusuli dengan penyerahan sumbangan daripada POA kepada salah seorang anggota yang PPA Muar yang lumpuh iaitu WP 18746 Amirul Md. Din .



Susulan daripada itu, pada 17 September 2009 , satu lagi majlis berbuka puasa tahanan bersama pengarah telah diadakan dengan dihadiri dengan oleh barisan pegawai kanan dan lain-lain pangkat. Majlis tersebut disempurnakan oleh Pengarah Pusat Pemulihan Akhlak Muar, PP Sazali Bin Ismail. Majlis dimulakan dengan Khatam Al-Quran oleh 9 orang tahanan yang bertadarus sepanjang bulan ramadhan di ikuti dengan tahlil dan jamuan berbuka puasa. Pengarah Pusat Pemulihan Akhlak Muar, PP Sazali Bin Ismail kemudian menyampaikan sumbangan berbentuk kitab agama kepada 9 orang tahanan yang telah berjaya bertadarus dan Khatam Quran.

""