Bertempat di Bilik Persidangan, Ibu Pejabat Penjara Malaysia pula telah berlangsung satu Sesi Perjumpaan Ketua Pengarah Penjara Bersama Media yang turut dihadiri oleh wakil dari pelbagai media cetak dan elektronik serta Pengarah-Pengarah Bahagian Jabatan Penjara Malaysia. Inisiatif perjumpaan ini diadakan adalah bertujuan untuk merapatkan jalinan kerjasama di atas sokongan dan tanda penghargaan media-massa kepada jabatan.
Jabatan amat berbesar hati di atas kehadiran Y.B Datuk Wira Abu Seman Yusop, Timbalan Menteri Dalam Negeri, pegawai-pegawai atasan kementerian serta jemputan yang hadir bagi memeriahkan lagi sambutan majlis hari raya pada tahun ini. Majlis yang penuh meriah ini dihadiri seramai lebih daripada 3000 orang tetamu jemputan serta keluarga kakitangan Kompleks Penjara Kajang. Pelbagai juadah dan aturcara disertakan bagi memeriahkan lagi sambutan majlis tersebut seperti cabutan bertuah serta persembahan hiburan daripada Kombo Jabatan Penjara Malaysia.