Komisioner Jeneral Penjara, Y.Bhg. Datuk Wira Hj. Zulkifli Omar, berkata walaupun kakitangan penjara telah melaksanakan tugas dengan baik, kerjasama daripada semua pihak sama ada agensi kerajaan, badan-badan bukan kerajaan, syarikat-syarikat swasta dan ahli masyarakat amat diperlukan.
"Usaha ini bukan saja dapat meningkatkan semangat dan komitmen anggota Jabatan tetapi juga berupaya membuka lembaran baru ke arah mengeratkan lagi pertalian dan kerjasama bersepadu di antara Jabatan Penjara Malaysia dengan semua pihak di dalam masyarakat bagi merealisasikan komitmen perkhidmatan yang menjadi teras jabatan iaitu Memperkasakan Modal Insan, Kebajikan Diutamakan, Organisasi Dimartabatkan," katanya.
Majlis dirasmikan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, YB. Datuk Wira Abu Seman Yusop. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pengerusi Pos Malaysia Berhad Y.Bhg. Tan Sri Dato' Seri (Dr.) Aseh Hj. Che Mat, Pengarah Urusan Kumpulan Y.Bhg. Dato' Syed Faisal Albar, serta para pegawai kanan jabatan.
Sehubungan itu, pelbagai aktiviti turut diadakan pada hari tersebut antaranya Mesej Dari Penjara, gotong royong, sukaneka, kempen derma darah, ceramah motivasi dan majlis tahlil.
Bersempena dengan sambutan itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri telah menyempurnakan majlis penyampaian Pingat Bakti Setia Tahun 2009, Pingat Bakti Setia Jabatan Penjara Malaysia (NGO), Anugerah Model Insan Berjaya, Pemakaian Pangkat Jabatan Penjara Malaysia, Pingat Ketua Pengarah Penjara (Perak) 2009, Pingat Ketua Pengarah Penjara (Gangsa) 2009, Penerima Sumbangan Kumpulan Wang Hadiah, Anugerah Kualiti Jabatan Penjara Malaysia, Anugerah Inovasi Jabatan Penjara Malaysia, Anugerah Pengurusan Bengkel Akaun Amanah Terbaik dan Anugerah Cemerlang Bengkel Usahasama.
Berikut ialah senarai penerima Pingat Jabatan Penjara Malaysia:
Pingat Bakti Setia Tahun 2009
Y.Bhg. Datuk Wira Hj Zulkifli Bin Omar
Komisioner Jeneral Penjara;
Y.S. Tuan Wan Mohamad Nazarie Bin Wan Mahmood
Komisioner Penjara (Operasi);
Y.Bhg. Dato' Hj. Hassan Bin Sakimon
Komisioner Penjara (Pengurusan)
TKPj Alzafry Mohamed Alnassif Bin Mohamed Adahan
Pengarah Penjara Kajang
Y.Bhg. Datuk Jamil Bin Salleh
Pengarah Pembangunan dan Perolehan
TKPj Wan Abdul Rahman Bin Abdullah
Pengarah Vokasional dan Industri
TKPj Thang Ah Yong
Pengrah Keselamatan
TKPj Jamaludin Bin Saad
Pengarah Penjara Simpang Renggam
TKPj Hj Abd Wahab Bin Hj. Kassim
Pengarah Kepenjaraan
TKPj Hj. Darussalam Bin Budin
Pengarah Pemulihan dan Rawatan
Pingat Bakti Setia Jabatan Penjara Malaysia (NGO)
Tan Sri Dato' Seri Azman Bin Hashim
Kelab Sahabat Penjara Malaysia
Dato' Seri Nilam DiRaja Lakshmana Krishnan
Persatuan Membantu Bekas Banduan Negeri
Selangor dan Wilayah Persekutuan (DPAS)
Dato' William Lim
Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia
Prof. Dr. Adeeba Kamarulzaman
Pusat Kecemerlangan Kajian Untuk AIDS (CERiA)
Universiti Malaya
Prof. Dr. Rosli Bin Ismail
Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian
Kelantan
Pro. Madya Hjh. Norbani Mohamed Nazri
Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya
Datuk A Vaithilingam
Persatuan Keagamaan Hindu Sangam
Tuan Abdul Latif Hussin
Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK)
Tuan Hj. Abd Rashid Hj. Ahmad
Persatuan Kebajikan dan Perubatan Islam Malaysia
Encik Pax Tan
Malaysian Care
Anugerah Model Insan Berjaya
Encik Pong Ah Heng
Encik Thomas a/l Yesda
Encik Wang Bok Yu
Encik Mun Chong Ee
Berikut ialah senarai Penerima Kenaikan Pangkat Jabatan Penjara Malaysia:
Penolong Komisioner Penjara
PP Rosdi Bin Ahmad
Penguasa Penjara
TPP Preshahdin Bin Monshee
TPP Abd. Rahman Bin Taib
TPP Shariff Bin Masri
Berikut ialah senarai Penerima Pingat Jabatan Penjara Malaysia:
Pingat Ketua Pengarah Penjara (Perak) 2009
TPP Mohd Nasir Bin Yusof
Ibu Pejabat Penjara Malaysia
TPP Ridzuan Bin Ahmad
Penjara Pulau Pinang
TPP Tamilselvam a/l Velandi
Penjara Tapah
Pingat Ketua Pengarah Penjara (Gangsa) 2009
KIP Wan Saadi Bin Wan Yaacob
Penjara Seremban
KIP A Rahim Bin Abu Bakar
Parol Negeri Melaka
IP Mohd Shahpuzi Bin Hamzah
Parol Negeri Perak
SM 4192 Omar Bin Mat
SHG Telok Mas Melaka
Berikut ialah senarai Penerima Sumbangan Kumpulan Wang Hadiah Pegawai Penjara:
IP Sugumaran a/l Sukanderam
TTP Taiping
Kpl.8981 Abdul Majid bin Mohd Radzi
Penjara Tapah
WP 9258 Mohd Nordin bin Payeng @ Mohd Kosni
PPA Muar
WO 10481 Norizam bin Separang
Penjara Johor Bahru
WP 11921 Mohd Erlisnazrin bin Jamak
Penjara Kluang
WP 13778 Abd Aziz bin Harun
Penjara Sungai Buloh
WP 14401 Muhammad Ismail bin Nordin
Penjara Pulau Pinang
N11 Tarmizi bin Hj. Daud
Penjara Dusun Dato' Murad
Berikut ialah senarai Pemenang Anugerah Kualiti 2009 Jabatan Penjara Malaysia:
Anugerah Kualiti Jabatan Penjara Malaysia
Johan: Ibu Pejabat Penjara Sabah
Naib Johan: Penjara Kajang
Tempat Ketiga: Maktab Penjara Malaysia
Tempat Keempat: Penjara Wanita Kajang
Tempat Kelima: Penjara Bentong
Anugerah Inovasi Jabatan Penjara Malaysia
Johan: Penjara Pulau Pinang
Naib Johan: Penjara Tawau
Anugerah Pengurusan Bengkel Akaun Amanah Terbaik
Penjara Pokok Sena
Anugerah Cemerlang Bengkel Usahasama
Syarikat Watertec Sdn. Bhd.
Sekalung tahniah kepada penerima pingat dan anugerah sempena Sambutan Hari Penjara Malaysia 2009.