Sepanjang kursus ini peserta kursus telah didedahkan dengan pelbagai ilmu latihan, kemahiran dan soft-skills oleh penceramah-penceramah yang berpengalaman yang terdiri dari Dato' Hj Hassan Bin Sakimon ,PKK Nordin Bin Muhamad dan PP Hj Wan Ramzan Bin Wan Ahmad.
Kemuncak kursus ini adalah pada hari terakhir kursus dimana sambutan Hari Keluarga untuk tahun 2009 telah diadakan. Kehadiran ahli keluarga kakitangan MPM yang melebihi 270 orang pada hari tersebut telah memeriahkan lagi sambutan hari keluarga kali ini.
Komandan Maktab Penjara Malaysia, Yang Setia, Penolong Komisioner Penjara Osman bin Ahmad di dalam ucapannya sempena Majlis Perasmian Penutupan Kursus Professionalisme Kakitangan Latihan dan Sambutan Hari Keluarga Maktab Penjara Malaysia '09, berharap agar setiap keluarga memainkan peranan bagi menjaga dan melindungi setiap ahi keluarganya dan sentiasa beriltizam untuk mencapai kecemerlangn dan kebahagian untuk faedah semua dan menerapkan nilai-nilai murni dan kefahaman agama yang tulen dan jitu. Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada AJK pengelola yang telah menjayakan program-program ini. SYABAS MAKTAB PENJARA MALAYSIA. ""