Y.S. Tuan Wan Mohamad Nazarie bin Wan Mahmood kini mengambil alih tugas jawatan Komisioner Penjara (Operasi) dari Y.Bhg. Datuk Wira Hj. Zulkifli bin Omar yang kini menjawat jawatan Komisioner Jeneral Penjara Malaysia.
Manakala Y.Bhg. Dato' Hj. Hassan bin Hj. Sakimon pula mengambil alih jawatan Komisioner Penjara (Pengurusan) yang sebelum ini disandang oleh Y.S. Tuan Wan Mohamad Nazarie bin Wan Mahmood.
Hadir menyaksikan majlis itu ialah Pengarah-pengarah Bahagian Jabatan Penjara Malaysia.