Seramai 7 kakitangan dari Maktab Penjara Malaysia dan 6 kakitangan dari PULAPEN telah menghadiri majlis ini masing-masing diketuai oleh PKP Osman bin Ahmad, Komandan Maktab Penjara Malaysia dan KIP Mohd Izanee bin Abdullah dari PULAPEN Perak. MPM dan PULAPEN yang berjaya mendapatkan pengiktirafan MS ISO 9001:2000 pada Oktober 2008 telah menerima sijil penghargaan yang di sampaikan oleh Presiden dan Ketua Eksekutif SIRIM Berhad Ir. Hj. Yahaya bin Ahmad di dalam majlis ini, yang turut dihadiri oleh YB Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Tahniah MPM dan PULAPEN Perak.