| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Konvensyen Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK) Jabatan Penjara Zon Sarawak 2009

Jumaat, 08 Mei 2009 - Penjara Pusat Miri telah menjadi tuan rumah bagi menganjurkan Konvensyen Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK) Jabatan Penjara Zon Sarawak bagi tahun 2009 pada 06 hingga 08 Mei 2009 bertempat di Eastwood Valley & Country Golf Club, Miri. Sebanyak enam kumpulan mengambil bahagian dalam konvensyen tersebut antaranya ialah Kumpulan Matahari 6 dari Penjara Pusat Miri, Kumpulan Puncak Borneo dari Penjara Puncak Borneo Kuching, Kumpulan Q Parol dari Parol Sarawak, Kumpulan Prima dari Penjara Sibu, Kumpulan Berlian dari Penjara Sri Aman dan Kumpulan Pelita 6 dari Penjara Limbang.

Kenam - enam kumpulan tersebut telah bersaing untuk mencetuskan idea bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan Jabatan Penjara Malaysia ke peringkat yang lebih tinggi. Keputusan konvensyen pada tahun ini, Johan telah dimenangi oleh Kumpulan Q Parol, Naib Johan dimenangi oleh Kumpulan Matahari 6 dan Tempat Ketiga dimenangi oleh Kumpulan Berlian.

Majlis penyampaian hadiah dan penutupan perasmian Konvensyen Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK) Jabatan Penjara Zon Sarawak bagi tahun 2009 telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Penjara, Komisioner Jeneral, Y. Bhg. Datuk Mustafa Bin Osman. Pengarah Kepenjaraan, Yang Setia TKPJ Hj. Wahab Bin Hj. Kassim, Pengarah Pembanggunan, Dato Jamil Bin Salleh, Pengarah Institusi Penjara Sarawak, PKK Tn. Hj. Mohd. Zawawi Bin Ab Rahim, pengarah - pengarah penjara sarawak serta tetamu jemputan turut hadir pada penutupan perasmian tersebut.



""