Bersempena Sambutan Hari Ibu pada 10.05.2009, Jabatan Penjara Pulau Pinang telah mengadakan perjumpaan bersemuka bagi memberi peluang kepada penghuni untuk meraikan ibu .... |
Tema 'Ibu Engkaulah Ratu Hatiku' telah dipilih bagi menyemarakkan rasa kasih sayang dan menghargai pengorbanan ibu. Maklumbalas dari keluarga banduan yang ditemui mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pihak Pengurusan Penjara Malaysia kerana sudi mengadakan program yang amat bermakna seumpama ini. Jamuan Ringan disediakan untuk para pelawat dan juga penghuni. Diakhir majlis diadakan acara memotong kek. Ianya turut disertai oleh PP Tuan Mohd Sobri bin Mahadzir dan TPP Shirley anak Jungot.