Tarikh Perayaan | Tarikh Lawatan |
Pesta Keamatan (Pesta Menuai) akan disambut pada 30 dan 31 Mei 2009 | Lawatan di seluruh institusi Penjara Sabah ditetapkan pada 01 dan 02 Jun 2009(Isnin & Selasa). |
Lawatan Perayaan Hari Dayak (Gawai) Bagi Negeri Sarawak
Tarikh Perayaan | Tarikh Lawatan |
Perayaan Hari Dayak (Gawai) akan disambut pada 01 dan 02 Jun 2009 | Lawatan di seluruh institusi Penjara Sarawak ditetapkan pada 03 dan 04 Jun 2009(Rabu & Khamis). |
Sehubungan itu, kerjasama pihak tuan/ puan dipohon untuk memastikan peraturan lawatan yang tertera di bawah dipatuhi :-
- Waktu lawatan bermula dari pukul 8.15 pagi hingga 4.15 petang.
- Pelawat diminta membawa Kad Lawatan serta Kad Pengenalan bagi memudahkan urusan.
- Pelawat tidak dibenarkan membawa sebarang makanan dan minuman kepada penghuni. Makanan dan minuman boleh dibeli dari kantin penjara.
- Keutamaan lawatan pada hari berkenaan diberi kepada penghuni dari kaum-kaum yang merayakannya sahaja.
- Pelawat tidak digalakkan memberi wang kepada penghuni, memandangkan semua kemudahan asas telah disediakan oleh Jabatan Penjara. Sekiranya pelawat ingin memberi wang kepada penghuni atas urusan tertentu seperti bayaran yuran peperiksaan dan sebagainya, sila dapatkan resit rasmi PPT.28 sebagai akuan penerimaan.