Penjara Tawau, 12 Mei 2009 - Sempena sambutan Hari Ibu dan Hari Bapa tahun 2009, Institusi Penjara Tawau telah mengadakan satu program khas untuk penghuni .... |
Dalam program ini seramai 5 orang penghuni yang terlibat terdiri daripada warganegara Malaysia dan melibatkan kehadiran 25 orang pelawat yang terdiri daripada ahli keluarga penghuni.
Program ini turut melibatkan Pegawai Penerimaan serta Pegawai Kaunseling Penjara Tawau. Menurut TPP Ahmad Supian Jaafar program seumpama ini para penghuni boleh berinteraksi secara lebih dekat dengan ahli keluarga masing-masing dan dapat mengeratkan lagi ikatan kasih sayang antara keluarga. Beliau seterusnya mengharapkan program ini memberi kesedaran khasnya kepada individu betapa pentingnya peranan institusi kekeluargaan terhadap penghuni yang amat memerlukan sokongan dari pihak keluarga.