Perjumpaan ini telah diadakan pada 17 Mei 2009 di hadapan Kantin Dalam Penjara dan bersebelahan Bilik UKP bermula jam 10.00 pagi. Seramai 14 keluarga banduan .... |
Objektif perjumpaan bagi merapatkan hubungan, kemesraan dan melepas rindu antara anak dan ibu yang terpisah sepanjang banduan menjalani hukuman. Disamping itu juga perjumpaan ini dapat memupuk semangat silaturahim antara kakitangan dan orang awam.
Maklumbalas yang diterima dari keluarga banduan mengatakan mereka amat berpuas hati dengan adanya perjumpaan secara begini dan berharap akan di diteruskan di masa akan datang.