Pada 25 hingga 26 Febuari 2009 Penjara Kluang, Johor telah terpilih menjadi tempat untuk ujian fizikal bagi pengambilan Penolong Penguasa Penjara Gred KX27.
| Proses ujian berkenaan bermula seawal jam 0800hrs di mana dianggarkan seramai 190 orang telah hadir untuk ujian fizikal tersebut. |
Kesemua pegawai dan anggota berkenaan telah diberi tanggungjawab oleh Jabatan Penjara Malaysia untuk mencari bakal – bakal Inspektor Penjara yang berkebolehan dan mempunyai ketahanan fizikal serta mental dalam menceburi bidang kepenjaraan. Tahniah diucapkan kepada semua calon – calon yang telah berjaya melepasi ujian tersebut. |
""