| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program "Mesej Dari Penjara" Penjara Kluang Johor

Program "Mesej Dari Penjara" ini telah diadakan pada hari Sabtu, 21 Februari 2009, jam 9.30 pagi bertempat di Dewan Sri Siantan Penjara Kluang Johor Program "Mesej Dari Penjara" ini telah diadakan pada hari Sabtu, 21 Februari 2009, jam 9.30 pagi bertempat di Dewan Sri Siantan Penjara Kluang Johor bersempena dengan lawatan pelajar-pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus cawangan Bandaraya Melaka.
JK 494-05 Kamalruzzaman Bin Omar Sedang Memberi Ceramah Kepada Para Pelajar UiTM

Program ini melibatkan 1 orang banduan JK 494-05 Kamalruzzaman bin Omar, (EPD :11.05.2008). Beliau telah dipilih oleh Unit Plan Pembanggunan Insan (PPI) untuk menyampaikan ceramah kepada lebih kurang 100 orang pelajar UiTM yang turut diiring oleh 4 orang pegawai.

Program tersebut telah dijalankan di bawah penyeliaan IP Faizul Bin Mat Daud selaku penyelaras program dan turut dibantu oleh dua orang Wajara Unit PPI dan dua orang anggota Unit Kawalan Dan Pecegahan (UKP) bagi membantu kelancaran program dan memastikan tiada sebaran perkara yang tidak diingini berlaku.

JK 494-05 Kamalruzzaman Bin Omar Sedang Memberi Ceramah Kepada Para Pelajar UiTM
Program tesebut telah berjaya mencapai objektif utamanya. Menerusi pendekatan program ini diharapkan dapat memberi kesempatan dan juga peluang kepada penghuni berkongsi pegalaman kehidupan di dalam penjara di samping penerangan mengenai program-program pemulihan khususnya menerusi Program Pelan Pembangunan Insan (PPI) seterusnya memberi keinsafan dan kesedaran dikalangan pelajar-pelajar tersebut.
""