Program “Majlis Ihtifal Maulidur Rasul Peringkat Penghuni Penjara Kluang�? ini telah diadakan pada hari Khamis, 19 Mac 2009, jam 8.30 pagi bertempat di Surau Al-Muiz Penjara Kluang Johor. Seramai 541 orang banduan dan tahanan telah terlibat dalam program tersebut. Antara pegawai yang hadir pada majlis tersebut ialah KIP Razali Bin Sabtu selaku wakil ketua Unit Pelan Pembangunan Insan (PPI), Ustaz Muhammad Asrul Azaha Bin Mahussin selaku penyelaras program dibantu oleh Ustaz Najmudin Bin Zakaria, IP Mohd Fazriy Bin Abd Rani Dari Unit Kaunseling serta anggota-anggota dari Unit Agama dan Unit PPI. Majlis turut dibantu oleh seramai 10 orang anggota Unit Kawalan Dan Pencegahan (UKP) bagi memastikan kelancaran dan keselamatan sepanjang majlis berlangsung. Program tersebut merupakan salah satu program tahunan anjuran Unit Agama Penjara Kluang. Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk memberi ilmu dan meningkatkan kesedaran dikalangan penghuni penjara serta memberi pendedahan tentang perjuangan Nabi Muhammad SAW dalam menegakkan syiar Islam dimuka bumi Allah SWT. Program yang bertemakan “Wahdah Pemangkin Ummah�? tersebut telah bermula pada jam 8.30 pagi iaitu dengan Perarakan sambil berselawat keatas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW dan diteruskan dengan persembahan nasyid oleh penghuni. Setelah persembahan nasyid majlis diteruskan dengan sesi ceramah agama yang telah disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Al-Fadhil Ustaz Hj Omar Bin Abdullah. | |