| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kursus Pengurusan Jenazah Siri 1/2009 Penjara Simpang Rengam, Johor.

Program yang dianjurkan oleh Pusat Pemulihan Akhlak Simpang Renggam telah diadakan selama 2 hari iaitu pada hari Selasa dan Rabu, 10 dan 11 Mac 2009

Program yang dianjurkan oleh Pusat Pemulihan Akhlak Simpang Renggam telah diadakan selama 2 hari iaitu pada hari Selasa dan Rabu, 10 dan 11 Mac 2009, bersamaan 13 dan 14 Rabiulawal 1430 H –

Seramai 83 orang tahanan Fasa 1 ( 33 orang tahanan ADB (LLPK) dan 50 orang tahanan POPOC (KAMJ) ) telah menyertai Kursus Pengurusan Jenazah anjuran Unit Agama PPA Simpang Renggam.

Kursus ini dikendalikan oleh dua pegawai dari Pejabat Agama Islam Daerah Kluang iaitu Ustaz Sulaiman Bin Yusof dan Ustaz Hamzah Bin Omar. Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada tahanan mengenai pengurusan jenazah seperti :

1) Adab-adab menziarahi kematian
2) Ciri-ciri pemandi jenazah
3) Peralatan/Persediaan untuk mandi jenazah
4) Memandikan jenazah
5) Cara/Kaedah mengkafankan jenazah
6) Solat Jenazah

Kursus ini dijalankan secara latihan praktikal dimana salah seorang tahanan telah melakonkan watak sebagai “jenazah�?. Ini adalah supaya tahanan dapat mempelajari dan memahami cara pengurusan jenazah dengan lebih berkesan.

Tahanan juga turut diajar cara/ kaedah menguruskan jenazah pengidap HIV. Kursus ini diakhiri dengan sesi penyampaian Sijil Penyertaan Kursus Pengurusan Jenazah kepada setiap tahanan.

1
2
3
""