Pejabat Kesihatan Melaka Tengah telah mengadakan Program HIV/AIDS di Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka pada 27 Mac 2009. |
Pejabat Kesihatan Melaka Tengah telah mengadakan Program HIV/AIDS di Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka pada 27 Mac 2009. Program yang bertujuan untuk memberi pengetahuan, pendedahan dan kesedaran pelatih-pelatih tentang bahaya penyakit ini dan cara mengatasi penyakit berjangkit seperti HIV/AIDS dan STD (Syphilis,Gonorea dan lain-lain) supaya tidak terus menular. Pengisian program ini di mulakan dengan ceramah oleh Dr Linayanti bte Rosli bertajuk “Apa itu HIV/AIDS serta Remaja dan cara hidup sihat�?, manakala En Azizan Musa menyampaikan ceramah berkaitan penyakit Tibi dan kesannya. Penyelaras program Puan Norhaslinda Ahmad menjelaskan, selain meningkatkan pengetahuan, objektif program ini juga bertujuan meningkatkan kefahaman tentang faktor dan tahap risiko disamping mendedahkan para pelatih terhadap isu semasa berkaitan HIV / AIDS serta peranan remaja menanganinya. Majlis diakhiri dengan melawat pameran dan penyampaian cenderahati oleh TPP Zamzuri bin Ghani sebagai tanda penghargaan. | |