Pusat Pemulihan Akhlak Batu Gajah, Perak telah menyertai program 'Hari Bertemu Pelanggan' Peringkat Daerah Batu Gajah, Perak pada 26 Mei 2009 bertempat .... |
Program tersebut telah dirasmikan oleh Y.A.B Dato' Seri Dr. Zambry bin Abd. Kadir, Menteri Besar Perak yang turut diiringi oleh Setiausaha Negeri Perak dan juga exco-exco negeri yang lain. Antara jabatan dan agensi kerajaan yang menyertai program tersebut termasuklah PDRM, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Perhutanan dan lain-lain jabatan.
Aktiviti yang telah dijalankan oleh Pusat Pemulihan Akhlak Batu Gajah, Perak dalam program tersebut diantaranya adalah jualan produk penjara, pameran dan sebagainya. Program sebegini perlu diadakan dengan lebih kerap kerana ianya bukan sahaja dapat merapatkan hubungan diantara orang awam dengan jabatan-jabatan kerajaan malahan juga mampu menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi dengan memberi penerangan dengan lebih efektif melalui suasana yang lebih terbuka.
Y.A.B Dato' Seri Dr. Zambry bin Abd. Kadir, Menteri Besar Perak melawat booth PPA Batu Gajah, Perak |
Orang awam sedang mendengar peneranganyang diberikan oleh pegawai penjara |