Penjara Pokok Sena, Kedah akan mengadakan sambutan Hari Bersama Pelanggan bermula pada 25 hingga 28 Jun 2009 yang berlangsung selama 4 hari bermula pada hari Khamis dan berakhir pada hari Ahad. Hari Bersama Pelanggan ini akan disempurnakan oleh Dato' Zulkifli Bin Haji Omar, Komisioner Jeneral Penjara. Sepanjang Program tersebut berlangsung ia akan melibatkan 23 Jabatan Kerajaan 15 Buah Sekolah dan Agensi Swasta, aktiviti-aktiviti melibatkan Penyampaian Mesej Dari Penjara untuk pelajar sekolah dan juga aktiviti yang melibatkan kanak-kanan dari tabika KEMAS yang dijalankan adalah seperti berikut :-
- Persembahan Pancaragam
- Mesej Dari Penjara
- Forum Perdana
- Ceramah Hiv Dan Aids
- Gerai Jualan Dan Pameran
- Sukaneka Tabika Kemas
- Pertandingan Gerai Tercantik
- Kempen Derma Darah
- Kejohanan Bola Sepak
- Kejohanan Tarik Tali
- Pertandingan Karaoke
- Pertandingan Gubahan Bunga Hantaran Dan Hiasan
- Pertandingan Melukis
- Senamrobik