Hadir sama di majlis tersebut ialah Datuk Wira Abu Seman Yusop, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Y. Bhg. Komisioner Penjara Dato' Zulkifli bin Omar, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Penjara Malaysia, Datuk Ahmad Fuad bin Abd Aziz, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan), Tuan Hj. Mohd Nor bin Hashim, Tim. Ketua Setiausaha (Pengurusan), Pengarah-Pengarah Bahagian, Jabatan Penjara Malaysia PKK Mohd Sabri bin Yaacob, Pengarah Penjara Negeri Sabah, Datuk Noor Rashid bin Ibrahim, Pesuruhjaya Polis Negeri Sabah dan turut dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan Jabatan Persekutuan Sabah.
Majlis bermula dengan ketibaan YB. Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri bersama YM. Datin Seri Tengku Marsilla bt Tengku Abdullah seawal jam 9.15 pagi yang disambut oleh Y. Bhg. Komisioner Penjara Dato' Zulkifli bin Omar, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) dan Datuk Wira Abu Seman bin Yusop. Sejurus selepas itu, YB. Menteri memeriksa kawalan kehormatan perbarisan anggota Jabatan Penjara Malaysia dan seterusnya menyempurnakan Majlis Perasmian Kompleks Ibu Pejabat Penjara Sabah dengan menandatangani Plak Perasmian. Sebagai tanda kenang-kenangan YB. Menteri dan YM. Datin Seri turut menanam pokok Pine bersebelahan dengan bangunan Kompleks Ibu Pejabat Penjara Sabah.
YB. Menteri seterusnya melakukan lawatan ke bangunan Ibu Pejabat Penjara Sabah, Penjara Pusat Kota Kinabalu, Penjara Wanita Kota Kinabalu dan Pejabat Parol Negeri Sabah dan seterusnya mendengar taklimat pembangunan yang di adakan di bangunan pentadbiran Penjara Pusat Kota Kinabalu.
Gambar-gambar sekitar Acara Majlis Perasmian Ibu Pejabat Penjara Sabah
| |