| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Kajian Kesan Pengambilan Serbuk Minuman Buah Pitaya Merah Dalam Mengurangkan Risiko Penyakit Kardiovaskular Untuk Kakitangan Penjara Bentong, Pahang

JUN, 16 2009 - Jabatan Pemakanan Dan Dietetik, Fakulti Perubatan Dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia sedang dalam kajian ke atas Kesan Pengambilan .JUN, 16 2009 - Jabatan Pemakanan Dan Dietetik, Fakulti Perubatan Dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia sedang dalam kajian ke atas Kesan Pengambilan .

Serbuk Minuman Buah Pitaya Merah (Buah Naga Merah) atau dalam bahasa saintifiknya ( Hylocereus Polyrhizus ) Dalam Mengurangkan Risiko Penyakit Kardiovaskular.

Pada peringkat awal, saringan kesihatan dijalankan terlebih dahulu oleh pihak UPM terhadap kakitangan Penjara Bentong, Pahang yang ingin turut serta dalam kajian ini. Di samping mengambil bahagian dalam kajian, kakitangan Penjara Bentong juga secara tidak langsung dapat manfaat dengan pemeriksaan kesihatan yang dijalankan seperti pemeriksaan tahap kolestrol dan glukosa, pemeriksaan tekanan darah dan juga berat badan. Sambutan yang diterima dari kakitangan dan keluarga amat menggalakkan dan ini menunjukan tahap kesedaran kesihatan dikalangan kakitangan adalah tinggi.

Menurut Prof. Madya Dr. Rokiah Mohd. Yusof, tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti samada Buah Pitaya Merah (Buah Naga Merah) ini dapat mengawal paras Glikosa dan juga Kolestrol. Tambah beliau, peserta atau kakitangan yang terpilih dalam kajian nanti akan terlibat dalam kajian selama 10 minggu. Dalam tempoh kajian peserta akan dibekalkan dengan Serbuk Minuman Buah Pitaya Merah secara percuma. Keberkesanannya hanya akan diketetahui selepas 10 minggu tempoh kajian dan sekiranya hasilnya memberi kesan positif, pihak UPM bercadang untuk memasarkan produk ini sebagai minuman kesihatan.
""