Penghuni diberi penerangan berhubung cara membuat dalca | Membuat murtabak | |
Kursus Membuat Roti Canai diadakan pada 15 Jun 2009, manakala Kursus Membuat Murtabak diadakan pada 16 Jun 2009, bermula pada jam 9.30 pagi hingga 2.30 petang. Kursus ini telah dikendalikan oleh Sjn. 9523, Johari bin Jusoh danKpl. 8237, Zulkifli bin Ayob. Tujuan kursus diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada mereka dalam bidang teknologi makanan supaya mereka boleh mengusahakan perniagaan sendiri apabila dibebas kelak. Langkah ini diambil adalah hasil cetusan idea daripada Y.S KPj. Wan Mohamad Nazarie bin Wan Mahmood, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) selaras dengan objektif Bahagian Vokasional dan Industri, Ibu Pejabat Penjara Malaysia dalam meningkatkan peluang kemahiran kepada penghuni bagi menunjang kualiti dan produktiviti. Penghuni mengikuti proses pembelajaran berbentuk teori dan praktikal untuk mendapat teknik menguli, membulat dan memerap, cara menebar, membuat dalca dan sambal tumis, teknik membuat murtabak dan inti murtabak. Harapan jabatan dalam kursus jangka pendek yang dirangka khas untuk penghuni yang bakal dibebaskan, dapat memberi manfaat sepenuhnya supaya mereka dapat berdikari dengan kemahiran yang diperolehi. Peluang untuk berniaga dalam bidang makanan amat cerah untuk mereka yang berminat kerana kos pengendalian perniagaan tersebut adalah rendah dan mampu memperoleh pulangan yang lumayan. |