| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Sambutan Hari Bapa Peringkat Institusi Pusat Pemulihan Akhlak, Batu Gajah, Perak 2009

Pada 18 Jun 2009, Unit Pemulihan Pusat Pemulihan Akhlak Batu Gajah, Perak telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Bapa Peringkat Institusi Tahun 2009 Pada 18 Jun 2009, Unit Pemulihan Pusat Pemulihan Akhlak Batu Gajah, Perak telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Bapa Peringkat Institusi Tahun 2009 bertempat di Wisma Pegawai Penjara, PPA Batu Gajah, Perak.

Majlis yang bertemakan "Bapaku, Wiraku" telah melibatkan seramai 6 orang tahanan pelbagai bangsa yang telah dipilih mengikut kriteria yang ditetapkan dan seramai 35 orang ahli keluarga telah hadir bagi bertemu secara bersemuka dengan tahanan yang terlibat dengan majlis tersebut. Majlis yang bermula pada jam 2.30 petang sehingga 4.00 petang ini dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Pusat Pemulihan Akhlak Batu Gajah, Perak dan seramai 8 orang wakil wartawan pelbagai media turut serta dalam majlis tersebut.

Program sebegini mendapat reaksi yang positif dari setiap tahanan dan ahli keluarga yang terlibat kerana mereka berpeluang untuk bertemu secara bersemuka, bertanyakan khabar dan perkembangan terkini mengenai keluarga masing-masing. Dari aspek pemulihan pula, ia dilihat dapat membantu dalam meningkatkan moral dan jati diri tahanan untuk insaf dan seterusnya kembali ke pangkuan keluarga yang tercinta.

12 3
""