Tema 'Bapa Kaulah Wira Ku' telah dipilih bagi menyemarakkan rasa kasih sayang dan menghargai pengorbanan bapa. Seramai (10) orang banduan dan (30) ahli keluarga telah meraikan majlis tersebut dengan jayanya. Maklumbalas dari keluarga banduan yang ditemui mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Pengurusan Penjara Malaysia kerana sudi mengadakan program yang amat bermakna seumpama ini. Jamuan ringan telah disediakan untuk para pelawat dan juga penghuni. Penutup majlis diadakan acara memotong kek Sempena Hari Bapa. Majlis turut disertai oleh TPP Ridzuan bin Ahmad dan TPP Shirley Anak Jungot. | |