Program Jalinan Kasih bagi penghuni Institusi Pemulihan Dadah Jelebu sempena Hari Bapa telah diadakan pada 16 Jun 2009 bertempat di hadapan pejabat rekod Institusi Pemulihan Dadah Jelebu Negeri Sembilan, masa perjumpaan berlangsung dari jam 10.00 pagi hingga 14.00 ptg. Seramai 15 keluarga telah dikenal pasti yang layak untuk mengikuti Program Jalinan Kasih. Atas sebab yang tertentu, hanya 12 keluarga yang hadir mengikuti Program Jalinan Kasih ini. Program ini dijalankan supaya memberi peluang kepada banduan bagi merapatkan hubungan kekeluargaan dengan penuh kasih sayang. Dalam program ini juga, penghuni (bapa) turut menyerahkan baju melayu kepada anak mereka sebagai kenangan dan tanda kasih dimana baju itu dijahit sendiri. Program ini berjalan dengan lancar dengan penuh kemeriahan. Turut sama memeriahkan lagi Program Jalinan Kasih pada hari tersebut adalah dengan kehadiran Timbalan Pengarah Institusi Pemulihan Dadah Jelebu,TPP Raja Mohd Amazon Bin Raja Daud. |