| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Sambutan Hari Gawai

04/07/2009 - Majlis Ngiling Bidai Gawai Dayak 2009 ( Majlis Penutupan Gawai ) di Penjara Pusat Sibu yang bertemakan "Segulai, Sejalai, Sepenemu"( Bersatu, Sehaluan Dan Sependapat ) berlangsung penuh meriah 04/07/2009 - Majlis Ngiling Bidai Gawai Dayak 2009 ( Majlis Penutupan Gawai ) di Penjara Pusat Sibu yang bertemakan "Segulai, Sejalai, Sepenemu" (Bersatu, Sehaluan Dan Sependapat) berlangsung penuh meriah dengan kehadiran Pengarah Penjara Negeri Sarawak, PKK Hj Mohd Zawawi Bin Ab Rahman, Pengarah Penjara Limbang, PP Walace Anak Nawon dari Ibu Pejabat Penjara Sarawak, KDP Ibu Pejabat Polis Daerah Sibu, Major Nik Hamdi Bin Ismail dari Kem 510 Wataniah dan juga ketua-ketua agensi kerajaan sekitar kawasan sibu.

Atucara majlis dimulakan dengan ketibaan Pengarah Negeri Sarawak PKK Hj Mohd Zawawi Bin Ab Rahman pada jam lebih kurang 2000 hrs. Dimana sebaik sahaja tiba, pengarah negeri telah dibawa berarak dari Rumah Kelab Penjara Pusat Sibu ke "tanju" (laluan masuk perkarangan rumah panjang masyarakat iban yang diperbuat daripada buluh) sambil diiringi dengan alunan muzik (betaboh) iaitu alat muzik tradisional kaum iban. Sampai sahaja di perkarangan Padang Futsal para tetamu disajikan dengan tarian "ngajat ngelalu ke temuai" (tarian menyambut tetamu) oleh Wjr.Anthony Kassim Anak Lantan dan juga upacara "bebiau" (mohon restu) oleh Kapten Rela Bahagian Sibu, En. Desmond Lantan Anak Chendang.

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan oleh Pengarah Penjara Pusat Sibu, PP Rini Bin Tupong iaitu selaku penaung Majlis Ngiling Bidai Gawai Dayak Penjara Pusat Sibu dan diikuti oleh ucapan dari pengarah penjara negeri Sarawak PKK Hj Mohd Zawawi Bin Ab Rahman.Pada majlis itu juga, Pengarah Penjara Negeri Sarawak PKK Hj Mohd Zawawi Bin Ab Rahman turut diberi penghormatan untuk membuat tiga paluan tawak (gong) sebagai simbolik perasmian Majlis Ngiling Bidai Gawai Dayak Penjara Pusat Sibu. Sementara itu, majlis pada malam itu juga turut dimeriahkan lagi dengan beberapa aktiviti seperti tarian ngajat oleh Pn Maria Anak Panggau, cabutan bertuah dan juga persembahan nyanyian.

Disamping itu juga turut diadakan pertandingan pakaian beragam kanak-kanak dan seterusnya pertandingan nyumpit kategori VIP dan kategori terbuka. Bagi kategori menyumpit VIP johan dimenangi oleh PP Fathi Bin Mursidi Pengarah Penjara Limbang, tempat kedua PP Rini Bin Tupong Pengarah Penjara Pusat Sibu manakala tempat ketiga dimenangi oleh, PP Walace Anak Nawon.dari Ibu Pejabat Penjara Malaysia. Bagi kategori menyumpit terbuka pula johan dimenangi oleh Insp Mohd Anderson Gudom, tempat kedua Wjr. Kana anak Museng, manakala tempat ketiga dimenangi oleh Kpl Spencer Anak Sakai. Kategori Pakaian Beragam Kanak Kanak pula dimenangi oleh adik Azfarsyamil Bin Mohd Yazid, Naib Johan dimenangi oleh adik Clariesa Fiona Ak John Kalai dan tempat ketiga dimenangi oleh adik Nur Aisya Adriany Binti Muhd Anderson.

Menyerikan lagi majlis pada malam tersebut ialah pertandingan Kumang dan Keling Gawai Institusi Penjara Sarawak. Pertandingan ini adalah bertujuan memperingati lagenda pahlawan-pahlawan kaum Dayak Sarawak. Seramai dua belas orang peserta mengambil bahagian dimana bagi setiap kategori Penjara Pusat Sibu diwakili oleh lapan peserta manakala Penjara Pusat Limbang dan Ibu Pejabat Penjara Negeri Sarawak masing-masing menghantar dua orang peserta. Antara pakaian yang digunakan semasa pertandingan tersebut ialah pakaian suku kaum iban, pakaian suku kaum bidayuh dan pakaian suku kaum orang ulu.

Johan bagi kategori Keling Gawai Institusi Penjara Sarawak dimenangi oleh Insp. Roy Anak Martin dari Penjara Pusat Limbang dan tempat kedua dimenangi oleh Wjr. 18717 Tim Hilary Anak nyambau dari Penjara Pusat Sibu manakala tempat ketiga dimenangi oleh Insp. Patrick Anak Nuga dari Penjara Pusat Sibu. Bagi pertandingan Kumang Gawai Institusi Penjara Sarawak pula dimenangi oleh Cik Asferrina Anak Jefridin dari Penjara Pusat Sibu, Wjr Felicia Anak Noib dari Ibu Pejabat Penjara Sarawak (IPPS) manakala tempat ketiga Wjr Morliah dari Penjara Pusat Limbang.

Aktiviti diakhiri dengan merebahkan Ranyai dan Ngiling Bidai iaitu sebagai simbolik penutupan sambutan gawai dayak kali ini.
""